Posts

Showing posts from June, 2009

Kerana Cinta Aku Rela Dalam Paksa

Kehidupanku penuh dengan perit dan getir Aku terluka kerana harus melakukan semua ini dengan bukan rela hatiku. Ia amat menyeksa diriku dan amat menyakitkan, Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa Tetapi tidak bermakna aku harus mengikuti segala-galanya Tanpa kerelaan hatiku Aku terseksa dengan kehidupan ini Bibir manisku tersenyum manis, Gelak manjaku sentiasa kedenganran Suara merduku sentiasa menghilangkan sepi Tetapi hatiku menangis merintih mahu dilepaskan Aku menangis kerana nasibku yang malang. Oh….Tuhan Apakah kesalahanku sehingga nasib aku seperti ini sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah Dalam doaku….. Aku mohon kepadamu Ya Allah Aku merayu padamu Memaafkanlah segala dosaku Dan memberikan sinar yang terang Kepada diriku aku mengharap Supaya bukan hanya dibibirku sahaja yang gembira Tetapi hati dan jiwaku. Ku berserah kepadamu Ya Allah Memberikan aku sinar yang lebih berbahagia. OLEH BARBARA_CUTE