Posts

Showing posts from July, 2009

Cinta

Aku bosan dengan cintamu Aku rasa buang masa Kau selalu mendustakan cintaku Aku fikir kau tak searus Biarkan ku beralih Biarkan diriku terus bersendiri Ku tak sanggup engkau setia Walau jasad dan juga nyawa Sebagai tanda cintamu padaku katamu Tak mungkin ku percaya Kata-kata yang penuh dusta Hanyalah bibir berkata Yang memilukan Menambah bengang rasa hampa Terus hingga diriku terasa Cukup berkali kau berkata Jangan diulang lagi dusta Jangan kau pujuk hati yang terluka tak mungkin akan ku kembali Jika janji sekadar mimpi Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu

Ayah Kau Pesan…

Semalam aku jumpa ayah kau Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia??? Dia nampak macam risau je… Aku tanya kenapa nampak macam risau je?? Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”.. Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau Dia ada tingalkan pesan.. AYAH KAU PESAN.. Jangan kau lupa pada Tuhan Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau. AYAH KAU PESAN.. Bila berkawan jangan berperang Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang. AYAH KAU PESAN.. Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang Supaya kau boleh nampak jalan pulang. AYAH KAU PESAN.. Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!! AYAH KAU PESAN.. Jangan lupa segala pesan Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal Kerana dia sudah pergiI ke BATU NESAN!!! oleh saudari Faten Sofie

Maafkan Aku,Cintaku...

Cintaku, Maafkan aku, Aku terpaksa melepaskanmu, Setelah sekian lama aku memendam rasa terhadapmu.. Cintaku, Maafkan aku, Aku tidak punyai kekuatan untuk meluahkan perasaanku padamu, Aku harap engkau akan mengerti perasaanku ini, Tapi seribu kali sayang, Impian hanyalah impian, Bagai menanti buah yang tak akan gugur dari langit, Aku beralah, Kerana aku tahu, Ada seseorang yang lebih menyayangi dirimu, Lebih dariku.. Cintaku, Maafkan aku, Kerana pernah menyukaimu, Kerana pernah menyayangimu, Kerana pernah merinduimu, Kerana pernah mencintaimu dalam diamku, Tapi kini, Ku biarkan ia berlalu, Bersama-sama titisan air hujan, Yang turun membasahi bumi, Seperti mana membasahi jua hatiku ini.. Cintaku, Maafkan aku, Ku harap, Engkau berbahagia, Bersama si dia yang tercipta untukmu.. Biarlah aku di sini, Terus menanti, Dan terus mencari, Andai ada jodohku, Ada lah si dia untukku, Semoga Allah perkenankan doaku ini.. Amin.. Maafkan aku,cintaku.. ^_~ -seCreTo-

Destinasi Cinta

Cintaku.. Mengapa kau tinggalkan aku.. Tatkala ku memerlukan dakapan hangatmu.. Ku perlu kau sentiasa disisiku.. Menemani aku.. Masih teringat di waktu dulu.. Episod cinta kita bersama.. Kau dan aku bermadu asmara.. Kejinjang pelamin begitu hendaknya.. Kasih sayangmu tiada ganti.. Walaupun telah berjanji mengukir kehidupan bersama.. Apa kan daya.. Jodoh tidak di pihak kita.. Ku sangka diriku tabah untuk berdikari.. Tanpa hadirmu di sisi.. Namun ku sedar.. Rupanya diriku rapuh untuk berdiri.. Kini ku belajar kuatkan hati.. Kuatkan semangat tetapkan tekad.. Kerna kau dan aku telah berjanji.. Tuk mengharung sisa hidup ini.. Walau terpaksa seorang diri.. Ku telah temui cinta sejati.. Cintaku ini cinta teragung.. Cintaku ini cinta terulung.. Kerna ku tahu, Dia sentiasa menemani.. Hidup ini mesti diteruskan.. Walaupun ku sedar kau bukan milikku.. Aku harus berpijak di bumi nyata.. Dekatkan diri pada yang Esa.. Kerna ku tahu cintaku dan cintaNya.. Kan kekal sampai ke syurga.. Safwan Hamzah 20...

Layang-layang Cinta

Sayang.. Cintaku padamu satu.. Tiada dua dalam hatiku.. Engkaulah pertama dan terakhirku.. Engkaulah hidup matiku.. Sayang.. Ku tahu kau tak berdaya.. Mengharung derita sengsara.. Tatkala dikau terpaksa.. Pesanan nenda harus kau laksana.. Sayang.. Ku tahu kau tersepit.. Di antara keluarga dan cinta.. Namun, apakan daya.. Keturunan jadi pembeza antara kita.. Sayang.. Ku tahu kau juga cinta padaku.. Tapi, kau hanya mampu terkedu.. Menyetujui pilihan keluargamu.. Hanya untuk beroleh restu.. Sayang.. Kau terpaksa bersama dengan si dia.. Si dia yang belum pernah kau jumpa.. Si dia yang telah termaktub untukmu.. Untuk kau mengukir perkahwinan bersama.. Sayang.. Aku tak mampu.. Aku tak berdaya.. Aku sengsara.. Ku hanya mampu berdoa.. Agar dapat disatukan semula.. Sayang.. Ku mahu engkau berani.. Berani menyatakan isi hati.. Agar tak sengsara kemudian hari.. Kerna ku tahu.. Cintaku, cintamu pasti.. Safwan Hamzah 2009 Copyright Reserved

Benar cinta

Aku masih mengharap cinta mu itu Biarpun kau tidak pernah peduli Tentang rasa cinta di hati ini Biarkan cinta ini di hatiku Biarkan ku bahagia dengannya Kerana ia tidak pernah melukakanku Aku cintakan dirimu, terlalu mencintaimu Bukan hanya hari ini atau sebentar cuma Tapi selama-lamanya Biar kau tak pernah hargai Aku tidak mahu belas simpatimu Aku tidak peduli kau membenciku Lupakanku pilihanmu, lupakanmu tidak bagiku Kerana aku tidak bermimpi Kerana aku yakin Apa yang ada di hati ini Hanyalah untukmu, selamanya Biarpun kau akan pergi Dan meninggalkanku selamanya………….