Posts

Showing posts from September, 2010

Sahabat

detik demi detik berlalu tanpa menunggu arus kehidupan terus menghempas tidak mengenal erti belas dan kasihan ranjau berduri diharungi namun kita masih teguh berdiri tiada alunan yang merosakkan walau gelombang menghiasi berolak rasa menikam jiwa dirimu sering aku rindui sorak sorai tawa menghiburkan susah senang di harungi bersama walau begitu berat tanggungan berjaya kita harungi dengan sempurna tiada perhubungan yang lebih gembira lebih menyeronokkan selain bersama kalian bercerita sampai ke dinihari tanpa rasa lesu dan jemu pelbagai perkara dilakukan bersama jatuh bangun kita bersama mengorak langkah dengan senyuman tiada yang dapat membandingkan erti sebuah persahabatan yang sememangnya begitu suci kewujudannya… -8 januari 2005 - eizil – sumber: http://www.eizil.com/2010/08/14/puisi-kehidupan-sahabatku/