Menyintai Tidak Bermakna Memiliki
Janganlah kau angkuh melaungkan si dia kepunyaanmu atau kau kepunyaan si dia kerana hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesiapa walau sekeping hati seorang insan tidakkah kau sedar hukum alam menyatakan menyintai tidak semestinya memiliki? Manusia pandai berpura berlakon di pentas dunia dan bertopeng menutup rahsia tetapi hati tidak pernah berdusta pada empunya tentang perasaan yang bergolak di dalamnya Tidakkah kau sedar mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta padamu tetapi hati dan perasaannya tidak pernah berniat begitu dia hanya berselindung di sebalik sejuta alasan Dan kau begitu jujur dan setia menyintainya sehingga terlupa hukum alam menyatakan menyintai tidak bermakna memiliki Sesungguhnya… “Aku tidak pernah memiliki dirimu… dan kau jua tidak memiliki diriku.” Mengertilah kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa tiada sesiapa berhak memiliki dir kita kecuali Dia Dia mengasihi hambaNya Dia memiliki hambaNya Dan ke pangkuan Dia kita kembali Nukilan: Ad...