KERANA KASIHMU
Engkau tentukan sehari lima kali kita bertemu Aku inginkan rupamu kulebihi sekali sebelum cuaca menali sutera Berulang-ulang kuintai-intai terus menerus kurasa-rasakan sampai sekarang tiada tercapai hasrat sukma idaman badan Pujiku dikau laguan kawi datang turun dari datukku di hujung lidah engkau letakkan piatu teruna di tengah gembala Sunyi sepi pitunang poyang tidak merentak dendang dambaku layang lagu tiada melangsing haram gemercing genta rebana Hatiku, hatiku hatiku sayang tiada bahagia hatiku kecil berduka raya hilang ia yang dilihatnya. by: Amir Hamzah source: http://nyanyisunyi.5u.com/index.html